ANGKATAN HASIL BUMI HIJAU
FAQ @ 0134288612
Ruangan ini masih dalam selenggara, pm di talian www.wasap.my/+60134288612 untuk sebarang persoalan..Terima Kasih.
🌳🌳FAQ DOLOMITE AHBH 🍂🍃🍃
*1. Soalan: DAUN KEKUNINGAN*
*Jawapan:* Banyak faktor yg menyebabkan daun menjadi kekuningan.berkemungkinan daun itu kekurangan nitrogen, sulfur, kalium, calcium, magnesium, potasium..
Ada yg menyatakan unsur tanah yg masam dan berasid menyebabkan tanah menjadi keras walaupun air di siram setiap hari..dimana tanah keras menyebabkan sumber air tidak sampai ke akar dgn secukupnya..menyebabkan punca² daun kekuningan..
Simpton serangan ini dapat dilihat pada batang, ranting, pucuk, daun, buah, bunga dan akar.
“Serangan penyakit menunjukkan pelbagai jenis simpton seperti klorosis iaitu keadaan di mana warna hijau tumbuhan bertukar menjadi pucat atau kekuningan.
“Ia mungkin disebabkan serangan virus, kulat, bakteria, nematod atau kekurangan zat makanan,”
*2. Soalan: DAUN KELAYUAN*
*Jawapan:* Serangan penyakit pada tanaman turut menyebabkan timbulnya simpton kelayuan.
Biasanya berlaku apabila bekalan air kepada daun dan batang menjadi kurang disebabkan bekalan air dalam tanah kurang atau kerosakan pada sistem akar. Kerosakan pada sistem akar mungkin disebabkan bakteria atau kulat.
*3. Soalan :TUMBESARAN POKOK TERBANTUT*
*Jawapan :* Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan atau berlebihan air, kekurangan nutrien dan serangan perosak.
Terdapat juga keadaan di mana sesuatu tumbuhan itu kelihatan tidak sihat walaupun ia tidak diserang sebarang penyakit atau perosak, tetapi disebabkan faktor fisiologi.
*TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN*
*1)Nitrogen (N)*
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
*2)Fosforus (P)*
Saiz daun lebih kecil.
*3)Kalium (K)*
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
*4)Kalsium (Ca)*
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
*5)Magnesium (Mg)*
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
*6)Sulfur (S)*
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.
*7)Ferum (Fe)*
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
*8) Mangan (Mn)*
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
*9)Kuprum (Cu)*
Pucuk daun menjadi merekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment